Masyarakat India digesa menggunakan Pilihan Raya Kecil Semenyih pada 2 Mac ini untuk membetulkan kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, yang dimenangi Pakatan Harapan.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata masyarakat India perlu membangkit semula untuk menunjukkan kesetiaan mereka dengan mengundi Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di Perayaan Ponggal bersama Masyarakat India 2019 anjuran IPF Bahagian Hulu Langat semalam.