NGO Pakatan Harapan dan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis berhubung urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengakibatkan kerugian dan ketirisan lebih RM500 juta.Semalam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perkara itu didedahkan dalam laporan penelitian khas Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.Ketua NGO Pakatan Harapan, Asri Talib menyeru supaya Polis dan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat perkata itu sehingga ke lubang cacing.Malaysiakini difahamkan terdapat 16 projek sebegitu sejak 1997 sehingga sekarang.