'Kalau saya tiga malam dalam lokap kesalahan ni pun boleh direman'

KiniTV 2019-02-21

Views 7.2K

Exco Pemuda Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membuat laporan polis keatas Menteri Belia dan Sukan, Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman kerana mendakwa Syed Saddiq membuat laporan palsu terhadapnya.

Beliau yang ditemui di luar ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang, hari ini menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dengan telus laporan yang dibuatnya bagi mendapatkan keadilan.

Katanya, jelas laporan polis yang dibuat Syed Saddiq adalah palsu dan bertujuan untuk mendianiayainya.

Wan Azri ditahan reman oleh pihak polis selama tiga hari susulan laporan yang dibuat Syed Saddiq mendakwa beliau dicekik oleh bekas pengendali laman blog itu.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi Sabtu, 16 Feb lalu, anggota Parlimen Muar berkenaan mendakwa bahawa beliau diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Video insiden provokasi berdurasi 22 saat itu turut tular dalam media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mengesahkan siasatan pihaknya mendapati tiada pergaduhan serius antara exco pemuda Umno itu Syed Saddiq.

Bagaimanapun Syed Saddiq mempertahankan laporan polis yang dibuatnya dan enggan menarik balik.

Share This Video


Download

  
Report form