PUTRAJAYA 21 Feb. - Orang ramai diingatkan jangan mudah terperdaya dengan jualan kasut murah dalam media sosial kerana produk ditawarkan tersebut adalah tiruan.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman mendedahkan harga kasut tiruan adalah 20 peratus lebih murah daripada produk asli.