Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berhak untuk turun berkempen bagi membantu kemenangan calon BN di Semenyih.
Beliau berkata, meskipun bercuti Ahmad Zahid masih lagi presiden Umno dan ketua pembangkang, ia tidak sepatutnya menjadi isu.
Khairy berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang, Semenyih, malam tadi.