Calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih Muhammad Aiman Zainali telah lancarkan lima agenda untuk rakyat Semenyih yang menjadi tekadnya untuk direalisasikan dalam penggal ini.Antara agenda yang akan diberi perhatian oleh Aiman ialah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada Orang Asli.Menurut Aiman lagi, beliau akan berbincang dengan pihak yang berwajib mengenai pelaksanaa perkhidmatan kesihatan itu supaya ia dapat berjalan dengan lancar dan sampai kepda Orang Asli.