'Pemimpin kerajaan kena ubah pemikiran sosialis, elak kecam sistem kapitalis'

KiniTV 2019-03-01

Views 1

Sesetengah pemimpin kerajaan Pakatan Harapan hari ini harus mengubah cara pemikiran sosialis mereka dan tidak terus mengecam sistem kapitalis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata kerajaan hari ini merupakan mereka yang berada lebih 60 tahun di barisan pembangkang dan ada sesetengah mereka masih bersifat pembangkang.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.Namun, menurut Dr Mahathir apabila sudah menjadi kerajaan, mereka tidak seharusnya mengecam sistem kapitalis tersebut kerana sistem itu yang memperkayakan negara dan negeri- negeri.

Share This Video


Download

  
Report form