Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya tidak sentiasa betul, namun yakin bahawa menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah tindakan tepat.Kenyataan itu dilihat mengulangi kenyataan serupa sebelum ini apabila Mahathir berkata tindakannya menyokong Najib sebagai perdana menteri merupakan salah satu kesilapan yang dikesalinya.Beliau berkata dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi.