Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak panik walaupun kalah pada Pilihan Raya Kecil Semenyih semalam, sebaliknya ia akan meneruskan perjuangan dan tidak berputus asa.Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Yusof berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sistem demokrasi berlangsung dengan baik dan kekalahan itu juga mendedahkan kelemahan yang perlu ditambah baik untuk rakyat.Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, berkata buat masa ini kerajaan pakatan harapan dalam proses membangunkan semula negara dan ia bukanlah suatu yang mudah.Pada PRK Semenyih Sabtu lalu, Barisan Nasional menerusi calonnya Zakaria Hanafi menawan semula kerusi tersebut selepas mengatasi calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali dan dua lagi calon dengan kelebihan 1,914 undi.