TUMPAT 5 Mac - Empat bot nelayan asing yang ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan cara ditenggelamkan di lokasi kira-kira 7.4 kilometer dari perairan Tumpat, di sini hari ini.
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Muda Maritim, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, empat bot itu ditahan antara 2014-2018 dan proses pelupusan mengambil masa lama kerana memerlukan kelulusan perundangan termasuk dilucut hak terlebih dahulu.