KUALA SELANGOR 5 Mac - Pengunjung di Pantai Sungai Sembilan, dekat Pantai Remis, Jeram, di sini gempar apabila seekor ikan lumba-lumba dipercayai tersesat di kawasan perairan berbatu, di tepi pantai berkenaan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, beberapa penduduk cuba menyelamatkan mamalia berkenaan daripada luka terkena batu dan membantunya berenang semula ke laut.