Karakter animasi Upin dan Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk rakyat Malaysia.