Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan tiada sebarang tangkapan setakat ini melibatkan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.Katanya, polis mempergiatkan siasatan serta usaha mengesan pihak yang terlibat.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.