Dewan Rakyat bahas serangan masjid di New Zealand hari ini

KiniTV 2019-03-18

Views 1.3K

Dewan Rakyat hari ini akan membahaskan usul tergempar yang dibawa Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bagi mengecam tragedi tembakan di masjid di New Zealand yang menyaksikan 50 terkorban, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof berkata usul itu akan dibahaskan selama sejam bermul pukul 4.30 petang selepas memutuskan ia adalah perkara spesifik dan melibatkan kepentingan awam.

Anwar berkata Parlimen Malaysia perlu menyatakan pendiriannya dalam membantah serangan pengganas terhadap jemaah Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta merekodkan sokongannya terhadap tindakan tegas yang diambil perdana menteri negara itu Jacinda Ardern.

Share This Video


Download

  
Report form