Keputusan sama ada kerajaan akan meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 akan dibuat dalam masa terdekat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan sedang dalam proses untuk menimbang sama ada akta itu boleh dihapuskan atau tidak.“Sekiranya terdapat sesiapa sahaja yang telah terikat dengan Akta Hasutan, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk tidak menggunakan akta itu terhadap mereka, kerana kerajaan telah ambil pendirian bahawa akta itu akan dikaji, diubah atau dimansuh,” katanya.