'Cukai minuman bergula akan tampung sarapan percuma kanak-kanak'

KiniTV 2019-03-19

Views 433

Tidak akan ada lagi cukai baharu bagi tahun ini kecuali cukai ke atas gula yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.“(Bagaimanapun), ia (pelaksanaannya) ditangguhkan buat sementara waktu kerana kita mahu memastikan mekanisme itu berkesan terutamanya untuk memenuhi matlamat kesihatan negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur.Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yang sepatutnya mula dilaksanakan pada 1 April, 2019 bagaimanapun ditangguhkan kepada 1 Julai, 2019.Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan cukai gula akan dikenakan ke atas minuman yang mengandungi gula melebihi lima gram bagi setiap 100 mililiter, begitu juga jus yang mengandungi lebih 12 gram gula bagi setiap 100 mililiter.Perdana Menteri juga berkata mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil yang dikutip daripada cukai itu bagi menjalankan program sarapan berkhasiat dan percuma kepada semua kanak-kanak sekolah rendah.

Share This Video


Download

  
Report form