Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mahu Kementerian Pengangkutan menyiasat punca insiden kemalangan pesawat persendirian dengan seorang pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang awal pagi semalam.Semalam, Malaysia Airports dalam satu kenyataan berkata pemandu kenderaan itu cedera parah dan telah menjalani pembedahan dan akan menerima penjagaan perubatan terbaik manakala penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera dalam insiden pada 3.20 pagi itu.