Kenapa pengkritik PM di reman berhari-hari sedangkan Najib satu hari_ - Peguam

KiniTV 2019-03-21

Views 4.5K

Peguam M.Visvanathan mempersoalkan mengapa anak guamnya Jufazli Shi Ahmad di reman selama tujuh hari berhubung dengan tuduhan menghina perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya mendapatkan reman satu hari untuk pertuduhan yang lebih berat.

Ini selepas majistret meluluskan tambahan reman satu hari lagi bagi Jufazli di ibu pejabat daerah Dang Wangi, yang akan tamat tempoh esok.

Pada 16 Mac, Jufazli pada awalnya ditahan oleh polis selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam sebuah video, Jufazli menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa.

Jufazli telah direman lima hari dan dibebaskan semalam sebelum ditahan kembali.

Share This Video


Download

  
Report form