Lokman Adam dakwa pertuduhan terhadapnya berniat jahat

KiniTV 2019-03-29

Views 1

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan berhubung insiden kekecohan dengan pelajar Universiti Malaya (UM) Jumaat lalu mendakwa pertuduhan terhadapny adalah bersifat jahat dan terpilih.

Bagi pertuduhan pertama, Lokman, 47, dituduh dengan sengaja menyebabkan kerugian kepada Wong Yan Ke yang berusia 23 tahun dengan mengoyakkan plakadnya di perhentian bas bertentangan dengan Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu pada kira-kira jam 3.30 petang pada 22 Mac.

Tuduhan adalah di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lokman bersama empat lagi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Wong di tempat dan masa yang sama dengan memegang rahang dan menarik lehernya dari belakang.

Empat yang lain itu adalah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim; kerani pejabat Umno Lembah Pantai, Salmon Arif Budiman Muchlis, 47; penghantar surat sebuah firma guaman, Mohd Norzakifah Mohamed Nawi, 43, dan tertuduh keempat yang tidak dinamakan.

Share This Video


Download

  
Report form