Sistem pengurusan sampah Waste To Energy (WTE) dijangka akan digunakan dalam masa dua tahun lagi di seluruh negeri dalam memastikan pengurusan sampah yang lebih efisien, produktif dan menjimatkan.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin memberitahu Dewan Rakyat hari ini, sistem sedia ada iaitu ‘dump site’ dan landfill dilihat menelan belanja yang tinggi selain penggunaan tanah yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat.
“KPKT sedang meneliti dan menyemak tapak landfill yang ada sama ada ia bersesuaian untuk terus diubah kepada WTE di tapak itu sendiri, bergantung kepada keluasan yang masih ada di kawasan landfill tersebut," katanya.
-- BERNAMA