Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan sebanyak 97 kes pembuli media sosial yang menghina raja-raja melayu dan Agong sejak 2012-2019.
Dari jumlah tersebut sebanyak 11 individu telah dituduh di mahkamah, Dewan Rakyat diberitahu pagi tadi.
Muhyiddin turut memberi amaran kerajaan tidak akan berkrompomi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan provokasi menerusi ucapan mahupun penulisan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika terbukti bersalah.