Cadangan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil supaya ahli parlimen pembangkang mengisytiharkan harta membuatkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bangun mempertikai cadangan tersebut.
Menurut Tajuddin pengisytiharan harta sudah dibuat melalui lembaga hasil dalam negeri (LHDN) dan menyarankan menyemak di LHDN.
Tajuddin juga melihat cadangan yang ditimbulkan itu seolah mahu menimbulkan persepsi ahli parlimen pembangkang menyorok sesuatu.