Ini kata Claire selepas mengikuti perbicaraan Najib

KiniTV 2019-04-04

Views 157

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown meninggalkan kawasan mahkamah dan memberitahu media dia akan terus memantau perbicaraan ini dari jauh dan akan datang ke mahkamah untuk pendengaran.

Jelas Clare, dia dapat masuk ke bilik tayangan video untuk menyaksikan perbicaraan berkenaan dan mendapati ia menarik.

"Gembira apabila melihat perbicaraan itu akhirnya diteruskan dan saya tahu ada ramai orang yang sangat gelisah akan terjejas dengan perkembangan ini, yang tertanya jika perbicaraan ini akan diteruskan.

"Sekarang kita melihat ia diteruskan. Kita sedia melihat keadilan dilakukan dengan perbicaraan yang wajar," kata Clare.

Share This Video


Download

  
Report form