Sebaik sahaja editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown meninggalkan mahkamah, seorang lelaki yang mengenali dirinya sebagai "Sofian Putra" mengetuai sekumpulan kecil penyokong Najib dengan sorakan kuat "Allahuakbar Takbir" dan "Tolak media asing"
Mereka akhirnya berhenti dari bersorak ekoran ditegur dari pegawai polis, kerana ia melanggar peraturan untuk membuat bunyi bising di kompleks mahkamah.
Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak SRC International bermula petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.