Nak tipu supaya orang seronok atau tunai janji? - Anwar

KiniTV 2019-04-08

Views 258

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menipu apabila mengumumkan bayaran hibah Tabung Haji yang rendah, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Ada yang dapat ni kata 'Hmm..dulu (zaman) Umno aku dapat 6 peratus (dividen), sekarang 1 peratus.

"Ada juga fikiran macam tu. Tapi sekarang kita ada pilihan sekarang. Kita nak tipu akaun supaya orang seronok atau tunai janji kita," kata Anwar dalam satu majlis di Rantau hari ini.

Tabung Haji semalam mengumumkan hibah sebanyak 1.25 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyalahkan pentadbiran TH terdahulu di bawah kerajaan BN kerana melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.

Share This Video


Download

  
Report form