Tindakan 'durjana' Najib jadikan liabiliti Felda tinggi - Azmin

KiniTV 2019-04-10

Views 948

Pembentangan kertas putih "ke arah kelestarian" Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama Felda termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pelaburan yang merugikan entiti itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata hasil audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan asal.

Kedudukan kewangan Felda kata Azmin bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Share This Video


Download

  
Report form