PAS akan membantu BN dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen Sandakan pada 11 Mei ini bagi menguatkan wakil pembangkang, maklum Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
“PAS mengharapkan PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang.
“Lebih-lebih lagi kerusi parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Anggota Parlimen Kota Bahru itu juga menjelaskan bahawa PAS akan membantu BN dalam menghadapi PRK di kerusi yang sebelum ini diwakili bekas pengerusi DAP Sabah, mendiang Stephen Wong Tien Fatt.