Umno pinda perlembagaan beri kuasa autonomi pada Sabah

KiniTV 2019-04-23

Views 353

Umno akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melakukan beberapa pindaan perlembagaan termasuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah.

Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan, berkata pindaan itu sesuai dengan situasi politik masa kini.

Melalui pindaan perlembagaan itu, Umno Sabah diberi kuasa penuh dan dapat membuat keputusan tanpa perlu merujuk Umno pusat.

EGM itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada 13 hingga 16 Nov nanti.

"Pindaan perlembagaan juga antara lain untuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah, ia sesuai dengan situasai politik kini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu jelas Mohamad, pindaan perlembagaan parti itu juga turut menyentuh soal keahlian parti sesuai dengan kedudukan Umno yang bukan lagi parti kerajaan.

Share This Video


Download

  
Report form