Siapa sangka di tengah kepesatan ibu kota masih ada insan yang serba daif dan bergelut setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi ketika menghabiskan sisa-sisa hidup dalam usia emas.
Kemelaratan hidup dua warga emas, Siti Aminah Ahmad, 79, bersama adik lelakinya, Abdul Hamid Ahmad, 72, menjadi semakin parah kerana kurang mendapat perhatian dan pembelaan sejak lebih 25 tahun lalu.