Pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Teluk Intan mungkin sedikit sukar bagi penyandangnya, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Mah berkata tugasnya untuk kekal di Teluk Intan lebih sukar apabila PAS mengambil keputusan untuk meletakkan calon di situ.
Beliau diumumkan sebagai calon kerusi parlimen Teluk Intan bersama Nga kor Ming daripada Pakatan Harapan dan calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.
Siew Keong yang juga Presiden Gerakan memenangi kerusi itu tipis dengan hanya 238 undi ketika beliau menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2014.
Siew Keong, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, turut bertanding kerusi sama pada PRU-13, namun tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng, yang memperoleh majoriti 7,313 undi. - MalaysiaGazette
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com