Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, malangnya, apa yang dilaksanakan dan kebaikan yang dibuat tidak diberikan penghargaan.
"Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi, menabur fitnah dan kebencian serta janji-janji manis yang sebahagian besarnya tidak akan dapat dilaksanakan, malangnya menyebabkan kekalahan kepada UMNO dan BN.
"Pada saya, menang kalah itu adat pertandingan.
Saya tidak ralat kalau kalah kerana pihak satu lagi ada agenda lebih baik daripada kita. Tetapi terasa dalam hati saya bukan soal agenda, dasar yang diadili tetapi kempen memburukkan pemimpin dan janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan".
Beliau merasmikan mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, Pahang.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com