Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menjual kapal layar mewah, The Equaminity bagi mendapatkan semula wang yang didakwa menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan membuat penilaian awal untuk mengetahui jumlah sebenar aset kapal tersebut.
“Daripada kita membiarkan kapal layar tersebut dan perlu membayar kos penyelenggaraan selain melihat nilai aset itu semakin berkurangan, kita mahu nilai terbaik kapal layar itu.
“Selepas dilihat, saya fikir kita perlu menjual kapal layar tersebut sekurang-kurangnya rakyat negara ini mendapat manfaatnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com