PORT DICKSON - Saya konsisten untuk tidak mengulas, menjawab Hadi Awang yang banyak mengkritik saya.
Itu jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Perdana kempen parti berkenaan di Teluk Kemang semalam bahawa Ketua Umum PKR itu sebagai Islam tidak berpendirian konsisten.
Sebagai menjawab pertanyaan wartawan hari ini, calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Port Dickson itu berkata beliau telah mengambil ketetapan tidak menjawab kritikan itu kerana sudah banyak kali dikritik dan dicerca pemimpin pembangkang itu.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com