TERKINI : MPM Akan Mengadap Majlis Raja-Raja

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain akan menghantar memorandum bantahan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Pengerusinya, Datuk Hassan Mad berkata, memorandum tersebut akan memberi penekanan kepada aspek perundangan kerana ICERD sendiri adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan hak-hak istimewa raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum bumiputera.

Justeru, cadangan seperti itu seharusnya mendapat perkenan raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form