PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan beliau mungkin tidak menjadi Perdana Menteri selama dua tahun seperti yang dipersetujui dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tempoh peralihan mungkin dipendekkan bergantung kepada keadaan kesihatannya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak pernah berbincang dengan Anwar yang juga Presiden PKR berkaitan tempoh itu ketika mereka bertemu baru-baru ini.
“Saya tidak kecewa (tempoh pendek), saya janji kena tunaikan. Ada yang fikir terlalu pendek dan mereka berhak beri pandangan itu. Mungkin satu tahun saya tidak tahu, semua tak mustahil.
“Kalau rakyat hendak lama, saya kena jaga kesihatan saya sama kerana saya sudah tua,” katanya. – MalaysiaGazette
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv