BALAKONG – Bekas calon MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong kesal dengan sikap ADUN kawasan itu yang sehingga kini gagal menunaikan janji untuk melebarkan jalan di pekan berkenaan.
Menurut Chee Teong, lawan politiknya itu tidak seharusnya mendiamkan diri setelah bergelar wakil rakyat kerana mandat yang diberikan bukannya suka-suka.
“Bagi saya janji perlu ditunaikan. Harapan jangan hanya dijadikan harapan.
“Kalau mereka sudah membenci politik, bayangkan satu negara tiada orang hormat kepada orang politik maksudnya tiada contoh kepimpinan sebab kepercayaan kepada pemimpin pun sudah tiada lagi, sebab janji sudah u-turn.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv