KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghormati penyusunan dan persetujuan yang dicapai oleh Presiden parti komponen BN dalam meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, memandangkan Cameron Highlands adalah kerusi tradisi MIC, maka keputusan siapa calon diberikan kepada parti itu untuk menentukan.
“Kita masih hormati susunan dan persetujuan, dan terpulang pada Presiden MIC untuk calonkan siapa. Terpulanglah pada MIC.
“Walaupun BN belum mengadakan mesyuarat dan perbincangan, tetapi memandangkan presidennya sudah membuat keputusan, kita ambil apa yang terbaik daripada mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC di sini, hari ini.
Menurut Mohamad, MT bersetuju untuk melantik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah PRK Parlimen Cameron Highlands, manakala akan dipantau oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – MalaysiaGazette
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv