Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini mendakwa UMNO akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini dan ecara tidak langsung akan menghalang rakan komponennya, MIC daripada meletakkan calonnya.
Susulan tindakan itu, Lim Kit Siang menggesa MIC segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika masih ada kehormatan dan maruah kerana dakwa Lim Kit siang lagi, MIC sewajarnya tidak menjadi seperti MCA sebelum ini.
Perkembangan terbaru ini menurut Lim Kit Siang lagi, menunjukkan keangkuhan UMNO yang kini mendapat perhatian daripada parti komponen BN yang lain dimana jelas kerusi Cameron Higlands tidak pernah ditandingi oleh UMNO sejak 60 tahun lalu mahupun selepas Merdeka.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv