TERKINI : TANGAN GHAIB!!! "Kalau Ada Tangan Ghaib, Tangan Dialah!" - Khalid Samad

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 11

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Beliau menjelaskan budaya gangguan itu melibat orang luar yang masuk membuat kacau di dalam agensi tersebut.

Menurutnya, hanya individu terbabit yang tahu siapa ‘tangan ghaib’ berkenaan.

“Tangan saya, Datuk Bandar adalah tangan nyata tapi ada ‘tangan ghaib’ sebelum ini dari luar yang masuk campur dalam DBKL.

“Tangan ghaib itu, kalau orang itu tahu, tahulah,” katanya pada sidang media mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa di atas tanah kerajaan di DBKL di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Share This Video


Download

  
Report form