SEMENYIH – Isu panas pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa tidak menggangu perjalanan kerjasama antara UMNO dan Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK), N24 Semenyih ketika ini.
Menurut calon BN, Zakaria Hanafi, sehingga kini, Pas masih menggerakan jentera masing-masing bagi membantu kemenangan mereka dan isu pertemuan antara Tun Mahathir dan Hadi Awang tidak merencatkan perancangan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.
Zakaria juga berpendapat, pertemuan itu sebenarnya lebih kepada ‘peribadi’ dan tidak sepatutnya mana-mana pihak selain daripada Tun Mahathir dan Hadi Awang sendiri memberi penjelasan.
“Jentera kita (UMNO-BN) dengan Pas tidak ada masalah. Masing-masing bergerak berkempen tanpa sebarang masalah. Setahu saya, jentera Pas sememangnya masih lagi menolong kita. Tidak ada sebarang percanggahan juga.
“Seperti perbincangan peringkat pusat dan negeri, semua tugasan yang telah diberikan sedang berjalan seperti biasa, tidak ada sebarang perubahan setakat ini, saya tidak nampak sebarang masalah ketika ini. Pas masih bersama kita. Semuanya berjalan dengan lancar.
“Pada hemat saya sebenarnya adalah lebih elok hanya terbabit sahaja kelar kenyataan. Kalau anda tanya saya, saya tidak sepatutnya berikan pendapat saya. Tidak eloklah. Biar mereka yang buka mulut dan beri penjelasan. Itu adalah isu peribadi mereka.Kita tidak ada di situ, tidak boleh cakap.
“Tetapi yang saya boleh cakap, Pas masih lagi bekerja dengan UMNO, BN. Tidak ada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita pada program kacau dodol dengan Puteri BN di Beranang sebentar tadi.
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (tengah) bersama puteri UMNO mengacau dodol pada majlis ‘Moh Kacau Dodol Puteri’ sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di perkarangan Rumah Ketua Puteri Hulu, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019
Semalam kecoh apabila Tun Mahathir membuat pendedahan Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, berdasarkan pertemuannya Hadi Awang kelmarin.
Kata beliau, malah terdapat pengakuan secara bertulis kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO.
Dakwa Tun Mahathir lagi, Pas tidak lagi menyokong UMNO kerana pada PRK kali ini tidak ada calon dalam kalangan DAP.
Katanya pimpinan Pas berkenaan menyerahkan sepucuk surat contoh yang ditandatangani oleh Takiyuddin sebagai pengakuan tersebut.
Selain itu, Tun Mahathir berkata dalam pertemuan itu juga pimpinan Pas itu menyatakan mereka menyokong pimpinan beliau sebagai Perdana Menteri. –MalaysiaGazette
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv