PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata tiada paksaan kepada ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka divaksinkan.
Namun menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan bagaimanapun menggalakkan ibubapa memberikan vaksin kepada anak-anak mereka tanpa paksaan.
"Kita mmg galakkan (untuk anak-anak divaksinkan). Kita sekarang tak ada langkah memaksa, itu pilihan ibubapa.
"Tapi kita syorkan lindungilah anak-anak dari apa-apa yang mungkin berlaku kalau vaksin sekali sebelum penyakit tu mungkin terkena," katanya kepada media hari ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv