KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota polis Diraja Malaysia kini perlu mengikuti garis panduan Prosedur Operasi Standard dalam mengendalikan tahanan autisme di masa akan datang.
Buku yang mengandungi garis panduan SOP baharu Autisme dilancarkan hari ini sempena Hari Polis Ke-212 yang disambut pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,buku autisme dibuat ekoran kes seorang lelaki autisme yang didakwa meraba seorang wanita di sebuah restoran di Subang Jaya tahun lalu.
Katanya tangkapan remaja autisme tanpa mendapatklan maklumat lengkap dan direman polis telah mendapat reaksi dan kritikan kemarahan orang ramai dan netizen.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv