Tun Mahathir 5 hari di China hadir forum Satu Jalur Satu Jalan

KiniTV 2019-04-25

Views 72

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Beijing Capital International Airport di sini hari ini untuk lawatan kerja lima hari ke China dan menghadiri Forum kedua Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF).


Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di lapangan terbang itu pada 8 malam.

Perdana menteri berusia 94-tahun itu kelihatan memakai topi beret disambut semasa tiba oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, pegawai-pegawai kanan China dan kuasa usaha Kedutaan Malaysia di China Nuryante Mohd Yazid.

Share This Video


Download

  
Report form