Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menggesa penggundi di Sandakan tidak mengundi calon DAP Vivian Wong, sebaliknya memberikan kemenangan kepada calon PBS Linda Tsen pada PRK Sandakan 11 Mei ini.
Ini kerana, kata Bung Moktar, masa depan rakyat Sabah tidak harus ditentukan oleh parti dari luar Sabah.
Bung Moktar membuat penampilan sulung ketika hadir berkempen di hadapan 300 penduduk di Kampung Sim Sim di Sandakan malam tadi.