Secara keseluruhan harga tidak turun, matlamat sistem percukaian perlu difahami. Apabila GST diperkenalkan memang betul ada kenaikan harga tetapi selepas itu harga menjadi stabil semula. Isu harga bukan isu GST, isu harga berlaku sebelum GST lagi, isu ini lebih kepada rantaian bekalan, persaingan dan produktiviti negara.
Disebabkan itu apabila SST diperkenalkan dengan tujuan untuk menurunkan harga, memang ia tidak akan berjaya. Matlamat sistem percukaian bukan untuk menurunkan harga ada faktor lain lagi yang menyebabkan harga naik.