30 unit gerai terbakar di Jalan Masjid India

KiniTV 2019-05-20

Views 5

Kira-kira 30 unit gerai musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin Jalan Masjid India awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 1.35 pagi.

Sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terdiri daripada BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.04 pagi.

Katanya, kerja-kerja pemadaman 'overhaul' sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut.

Share This Video


Download

  
Report form