TNB mengakui berlaku gangguan dalam sistem pengebilan mereka pada 15 hingga 20 Mei lalu menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang melampau.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedar isu teknikal berkenaan memberi kesan kepada sistem pengebilan mereka.
Amir Hamzah menjelaskan, gangguan itu juga akan menyebabkan sesetengah pelanggan mengalami tempoh pengebilan yang lebih panjang daripada lazim.
Sehubungan itu, kata Amir Hamzah, TNB juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas menangani bil tinggi yang diketuai Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan