Azmin hadir ke majlis rumah terbuka raya, jawab soalan media isu kes video lucah

KiniTV 2019-06-14

Views 8.1K

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yakin dengan tugas profesionalisme polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes video seks tular yang didakwa membabitkan dirinya.

Mohamed Azmin berkata beliau mengambil saranan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang tegas supaya menghentikan politik kotor dan tidak terjebak dengan kerja-kerja kotor.

Azmin ditemui pemberita selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dato’ SUK Selangor di Shah Alam hari ini.

Haziq menjadi tumpuan selepas membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video yang disebarkan oleh individu yang tidak dikenali.

Haziq turut mendakwa individu yang bersamanya di atas katil dalam klip video itu adalah Azmin.

Azmin sudah menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia percubaan untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Share This Video


Download

  
Report form