Ketua Pemuda yang baru, Khairil Nizam memberitahu dalam ucaptama sulungnya bahawa hala tuju Pemuda PAS selepas ini ialah memperkasakan hubungan dengan media.
Dia tidak menyangkal ada pihak media yang nakal dan dia memberi pesanan "Spinners are sinners" atau orang yang spin (menokok tambah) adalah pendosa.
Dia berharap pihak media membuat liputan yang terbuka ketika muktamar PAS dan meminta berita yang terbaik kepada rakyat menggunakan formula Islam.