Pemandu e-hailing diberi tempoh 3 bulan patuhi syarat - Menteri

KiniTV 2019-07-12

Views 637

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ akan mengambil pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik secara berperingkat kepada pemandu-pemandu e-hailing.

"Untuk tempoh masa 3 bulan mulai 12 Julai 2019, mana-mana pemandu yang memanu tanpa lesen PSV atau memandu kenderaan yang tidak memenuhi syarat kenderaan akan diberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir supaya melengkapkan semua peraturan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form